You are So Beautiful
Diedit pada: 06/09/2017
8.
Dia ingat kisah dia, entah kisah apa, entah kisah atau cerita, tapi, apa beza dua-dua itu, tak ada beza pun, hanya yang ada adalah kisah dan cerita, kah kah kah.
Dia jatuh cinta, seorang wanita pilihan hatinya, cinta itu, cinta pandang pertama, kisah romantis bermain di kepalanya, macam kisah drama semesta pilihan ramai selepas penat bekerja pagi. Kisah dia mulakan, macam kisah cinta, nama dia tahu, dan dia, wanita itu, seperti memandangnya.. tetapi, dia keliru, adakah itu permainan wanita itu, atau adakah itu permainan minda dia, yang ingin, layan kisah cinta bersama wanita itu.
Tapi, seperti biasa, semua itu khayalan, kisah menjadi duka, kerna duka dia tidak harapkan maka, dia rasa duka, agar hatinya terbuka, untuk tahu, untuk mengetahui, apa itu duka. Lantaklah, katanya, bunga bukan sekuntum. Hilang satu ku cari lain...tapi... masalah utama sekarang, ayat itu ayat seorang loser, agar hati gembira. Kenapa kau harap kisah romantis kisah gembira hakiki? Akhirnya kau rasa duka hakiki, kau anggap duka hakiki, kerna kau harap gembira hakiki, kau rasai , ketika merasai cinta romantis kawalan moden. Kah kah kah.. loser tahap loser... guna ayat itu, untuk sedapkan hati terluka, agar hati tidak berputus asa, harap cinta wanita lain, yang hanya palsu belaka, original kerna anggapan dan tafsiran kapitalis indah, macam demokrasi kawalan kapitalis...
Tapi, tidak salah, kerna perlu ada, kisah seperti itu, agar dunia tidak suram, agar manusia ada tujuan hidup.... tujuan hidup, untuk mencapai bahagia percintaan, bersumberkan material dan konsumerisme indah. Kisah itu perlu ada, agar kisah cinta TV menyentuh hatinya, barulah maju ummah.. kah kah kah. Macam mana TV nak cari duit, andai kata cinta tiada dalam hati si penonton. Bagaimana TV nak cari makan, kalau penonton tiada kisah sama seperti kisah drama TV. Mereka pun seperti kita, Cash is king...... Dengan duit kau boleh beli manusia hati cinta.................
Hatinya bertambah rosak, kisah itu, dia tafsir dark... Tafsir pandangan matanya dia nilai akan kisah lamanya, dia malas, lagi, layan kisah seperti itu, real atau ilusi, kerna apa beza, real atau ilusi untuk kisah cinta layanan moden, bersumberkan kecantikan empirical dan kawalan material. Kah... dia gelak macam nak nangis, tapi, air mata dah hilang, kerna air mata tidak turun dari mata, tapi dari hati ilusi, agar mulutnya bisa tersenyum di saat lawak bodoh direka sekeliling.
Buat apa nak layan sedih, andai kata duit tak bertambah pun.. seperti mana, buat apa lawan makna kapitalis, duit di akaun MayBank, tak bertambah pun, kau hanya dibenci kawan-kawan kau sahaja, kau dihina, dimaki, ditertawakan di depan, dipuji macam shit di depan. Umpama sampah terkena najis, tak ada seorang pun nak sentuh, mungkin, diri sendiri kau pun jijik nak sentuh diri kau....
Buat apa nak tahu kapitalis tu apa, konsumerisme tu apa, sosialis itu apa... Ini zaman kapitalis, maka diam dan diam... kau mesti diam, dan kau bahagia, duit bertambah, tanpa persoalan bodoh bermain di minda. Kau harus ikut, tanpa soal, baru kau bahagia... kalau kau soal, maka kau menempah kesunyian minda dan persekitaran. Kalau kau soal, kau tidak bahagia dalam sistem indah itu, kerna kau telah mempersoalkan perkara yang ramai tidak mahu soal. Diri kau penuh semangat untuk ubahnya, tapi kau sedar, semangat itu hanyalah palsu, mereka katakan, semangat itu sekadar alasan kerna tidak bisa maju dan berjaya dalam sistem erti kapitalis. Maka, apa pilihan kau?
Memberontak macam loser.. Beritahu kepada dunia bahawa kau loser.... ? Kah kah kah, memang kau macam aku, sesuai jadi loser.
Ini zaman mengikut, bukan zaman berfikir, kau harus ikut, agar kau dihormati, sekali kau soal, kau jadi sampah seperti aku. Sekali kau soal, kau jadi loser seperti aku, loser kerna tidak bisa mengumpul duit untuk tambahan kebahagiaan indah. Loser kerna tidak bisa popular.. Kah kah kah.. Masih nak soalkan apa benda indah itu? Tak salah, kerna kau tidak sama dengan aku... tapi... andai kata kau bersendirian.. jangan terpengaruh dengan dark, sedar atau tidak, kerna William Butler Yeats pernah kata
“All empty souls tend toward extreme opinions.”
Andai kata kau rasa kosong, maka hati kau akan ke arah pendapat yang radikal. Kau rasa radikal itu seronok, dan kau bersemangat untuk sebarkan kepada rakan-rakan kau, kau semangat nak sebarkan kepada dunia, agar mereka tahu, bahawa fikiran kau hebat. Tapi, kah kah kah. Semua itu khayalan indah bodoh, kerna kau seperti menempah maut internal. Kau dimaki di belakang, kau dipandang tinggi, tinggi seperti babi. Kau anggap kau didengari, tapi kau hanya disepak terajang dalam minda mereka....
Ingat, maklumat yang ada di akal kau hanyalah untuk kau sendiri. Bukan untuk disebarkan, kerna maklumat tanpa ilmu hanyalah sampah sahaja, biarkan maklumat itu, seperti benar, walaupun maklumat itu, kau anggap boleh majukan ummah.
Ada maklumat di dunia ini, harus kita sembunyikan, kerna itu bukannya ilmu, itu sekadar maklumat. Maklumat yang menjadikan kau loser... Adakah kau mahu orang lain jadi seperti kau...loser tahap babi? Aku rasa, babi pun tidak mahu bersama kau.. kah kah kah.
...
Hati seronok melayan pain, pain yang dianggap sebagai darkness, darkness yang membawa arah kekosongan jiwa, dan pendapat radikal menyentuh hatinya. Darkness itu dia layan seperti ‘kegelapan’, lawannya monster jiwanya, mencari sesuatu dalamnya. Sesuatu itu dicarinya, tanpa ikutan, macam majoriti, kerna dia anggap, ikutan itu tidak menyentuh hatinya. Fitrahnya dikatakan hilang, dikatakan rosak, dipengaruhi temannya yang ber-ilusi dalam khayalannya, menemaninya dikala sendiri fizikalnya, dan dia dijauhi secara sembunyi........ dia sedar, tapi, dia diam, sesuai untuknya, lakonan bodoh, sesuai untuknya, dan juga lakonan - umpama dia di dalam dunianya sendiri.
Dia terus mencari, dan mencari. Tanpa kisah sekeliling, tanpa khayalan sekeliling, bersendirian kerna itu kemahuannya. Dia dikatakan berteman darkness, tapi dia sebenarnya mencari sesuatu di dalam darkness. Dia perlu dihulur suluh, agar, dia boleh melihat berteman cahaya, tapi, dia bukannya dihulurkan suluh, tapi diberinya perkataan indah tafsiran moden, kata-kata indah, kawalan kebahagian moden dunia, yang mereka anggap mendatangkan kebahagian, tapi, akhirnya sekadar ilusi kebahagiaan bagi dirinya.
Perkataan itu, dikatakan oleh mereka, sesuai untuk semua manusia, majoriti atau minoriti, “object” atau “shadow”, zahir atau batin, si penyoal atau si pengikut. Tapi, dia tahu, dasar pengalamannya, bahawa dia tidak memerlukan suluh dari society, kerna, suluh itu langsung, tidak berguna dalam kegelapan “darkness” itu. Suluh dari awam itu, langsung tidak bisa digunakan, melawan monster ilusinya.
Dia perlu mencari seseorang guru, untuk mengajarnya erti bahagia, tanpa dia perlu ikut, dalam urutan moden, kerna urutan itu tidak sesuai untuknya. Mungkin sesuai untuk manusia lain, tapi dia, dia memilih jalan yang ini, jalan yang dia tempuh, ketika hatinya melihat akalnya, yang penuh dengan keilusian maklumat, maklumat yang menyamar sebagai ilmu, dan juga ketika hatinya melihat dunia, dunia yang dipenuhi kepandaian society, tapi kehilangan kebijaksanaan society.
Dia mencari tanpa jumpaan. Dia hilang dalam kegelapan. Hatinya merana dalam kekalahan jiwa monster-nya, tapi... adakah dia perlu putus asa? Atau adakah dia perlu menjadi monster suruhan jiwanya, agar hati anarkinya terkeluar, berserta lagu, yang digubah liriknya, hasil pengalaman ilusinya, dikalahkan oleh monster ilusi itu.
Lagu darkness berteman anarki, lagu memberontak kerna kekosongan jiwa, dikeluarkan dan dia berubah luarannya...dan juga berubah internal-nya. Dia makin fahami, apa yang seseorang itu pernah katakan
‘normal people have no idea, how beautiful the darkness is.’-unknown
Dan,
‘Do they love you or the mask you put on everyday?’
‘The difference between you and me is that when you wake up your nightmare end.’-unknown
Dia juga fahami apa yang dimaksudkan oleh Friedrich Nietzsche, apabila dia katakan
‘Whoever fights monster should see to it that in the process he does not become a monster. And if you gaze long enough into an abyss, the abyss will gaze back into you.’
Tapi, siapa monster ilusi itu? Adakah dirinya sendiri atau .....dipolar disorder-nya... yang dia sembunyikan, agar dia bisa lari dari realitinya? Mindanya bermain, lupakan realiti fizikal, terjun ke arah lautan ilusi. Ilusi dia lihat segalanya, fizikal dunia dia tafsir melalui ilusi itu. Di mana ilusi itu pula, direka olehnya, kerna dia lemas dalam realiti dahulu.
Dan, malang sekali, di kala dia lari dari lemasnya realiti, dia pula lemas dalam ilusi rekaannya sendiri. Dia makin dalam di ilusi itu, matanya terbuka, tapi, mata fizikalnya tertutup, dia keliru dengan semua itu, mainan lagu bermain di benaknya, dan... akhirnya dia keliru... mana satu ilusi.. dan yang mana satu realiti...
Dia mencari, dan terus mencari, guru yang telah ditakdirkan untuknya, untuk memberinya cahaya dengan keizinan-Nya, agar dia boleh keluar dari kegelapan itu, agar dia bisa melihat dunia ini, menggunakan mata hatinya, bukan mata fizikalnya. Dia pernah membaca bahawa
dari Jalāl ad-Dīn Muhammad Rūmī (Rumi)
‘Do you know what you are? You are a manuscript of a divine letter. You are a mirror reflecting a noble face. This universe is not outside of you. Look inside yourself; everything that you want, you are already that.’
Dia juga pernah terbaca bahawa – dari Rumi mengatakan
‘What hurts you, blesses you. Darkness is your candle.’
Tapi, apa maksudnya, kerna, dia tidak boleh nilai sesuatu ayat itu berdasarkan hatinya, kerna apabila hati rosak, maka tafsiran juga akan rosak…. Sebab itu dia mesti mencari seseorang untuk membuka hatinya, agar sesuatu kata-kata itu difahaminya dengan benar, tanpa nilai dari dirinya sendiri.
Dia hilang di realiti fizikal moden, kerna sibuk dengan pencarian makna dirinya. Ini jalannya, tidak sama dengan yang lain, kerna ini benar-benar jalannya. Maka, lebih baik, dia menjadi shadow, sembunyi dari persekitarannya… menjadi low profile, tanpa sesiapa sedar kewujudannya, kerna, kesedarannya bakal menghilangkan impiannya, kerna ego populariti bakal menyerang jiwanya, yang penuh dengan kebanggaan falsafah populariti ‘struggle for recognition’.
Dia hilang, dan terus hilang, sekadar pemerhati tanpa tafsiran keluar dari mulutnya, kerna, dia shadow, yang hanya ada ketika terang dan menghilangkan dirinya di saat kegelapan… kerna, shadow menjadi kegelapan…
Dia diam dan diam, sambil mengurangkan kewujudannya di dunia empirikalnya.
Ulasan
Catat Ulasan