~dia~
Dia masuk ke ruang kecilnya, dalam makmal rekaannya, dalam biliknya...
Dalamnya itu ada pelbagai buku, ada pelbagai alat-alat teknologi yang rosak,
Ada peralatan-peralatan rekaannya hasil imaginasinya,
Ada 3 buah desktop besar, sebagai temannya dalam dunianya yang kecil itu.
Tapi, yang terutama sekali, dalam biliknya itu ada dunianya, ada imaginasinya...
Di bilik itulah tempat dia menyendiri, pelajari pelbagai benda, melayan curiosity nya,
Terbang ke alam lain, dunia lain, memerhati segenap benda,
Dan dia jadikan semua itu sebagai inspirasinya dalam memberinya idea
Sebagai caranya memikirkan akan teknologi, agar bisa dia hasilkan teknologi.
Ya, dia kaki pengkhayal, tapi itulah passion-nya dan minatnya, walau ia itu;
Ramai manusia katakan passion-nya itu, sia-sia sahaja kerna hanya angan-angan kosong
Tapi, itu passion-nya, passion yang menjauhi dia dari dunia conformity.
Pelbagai cara yang dia gunakan mengisi masa lapangnya di situ
Dia masuk ke alam inteleknya, alam imaginasinya, alam fantasinya
Masuk juga dia ke alam maya mencari inspirasi untuk memberinya semangat
Mencintai perkara yang dia minati, walau gaya hidupnya sentiasa dikritik, dihina
Oleh manusia di persekitarannya, yang normal psikologinya, yang lain dari dirinya.
Ya, dia berbeza dari kebanyakan manusia, tapi bagi dia, dia tidak hairan itu
Kerna itu satu kebanggaannya, berbeza dari manusia kebanyakan.
Ulasan
Catat Ulasan