~sibukku di alam maklumat~
katanya:
Aku di sini
Masih sibukkan diriku
Dengan hal-hal teori sains
Fizik, sejarah, metafizik,
Biologi, falsafah.
Sibukku hanya mencari maklumat
Mengisi kekosongan hatiku
Agar bisa menjadi penawar
Kepada kelemasan jiwaku.
Sibukku akan hal-hal itu
Tapi, untuk apa semua itu
Andai ia sekadar maklumat?
Untuk apa aku sibukkan diriku
Dengan hal-hal itu
Andai ia tidak bisa beri
Sumbangan material kepadaku?
Sentiasa, itu kata-kata
Dalam lubuk hatiku
Di kala aku sibukkan diriku
Mencari, dan menghayati maklumat.
Tapi, masih, lagi dan lagi
Tetap juga aku sibukkan diriku
Dengan hal-hal semua itu
Walaupun selalu aku persoalkan
Apa hasilnya, apa hasil materialnya.
Aku di sini
Masih sibuk dengan hal-hal maklumat
Manusia lain pula sudah lama
Sibuk di alam zahir, di empirikal
Mencari material, populariti
Hinggakan mereka lebih bahagia
Berbanding diriku, berbanding jiwaku.
Aku di sini
Masih sibuk dengan alam maklumat idea
Yang tidak bisa berbakti kepadaku
Dengan memberiku harta material
Wanita yang aku cintai pula
Sudah lama berusaha di alam zahirnya
Mencari dan mengumpul kepuasan
Dan kebahagiaan hidup.
Hinggakan dia sudah berjaya
Dan aku di sini pula
Masih seperti dahulu
Sampah, loser, tak berguna.
Dan, ia menyeksa jiwaku...
Ulasan
Catat Ulasan