~subjektifnya~

katanya:

Dunia ini penuh dengan subjektif pendapat
Kerna itu, aku tenggelamkan aku
Di dalam jiwaku, dalam sanubariku
Melayani sendiri subjektifku
Tanpa menyusahkan manusia lain
Dan tanpa menyakitkan hati manusia lain.

Dunia ini penuh dengan pendapat subjektif
Kerna itu, aku pilih berkurung di dunia jiwaku
Tanpa kacau manusia di dunia empirikal.
Berkurung aku di dunia kecilku sendiri
Melayani pendapat subjektifku sendiri
Menghasilkan karya aku sendiri.

Dunia ini penuh subjektif pendapat
Kerna itu perdebatan tak akan terpadam
Sampai bila-bila; selama-lamanya...
Masing-masing pertahankan cara hidup
Yang dijalani dan di-ideakan, yang diikuti.
Ah! Sungguh bosan hidup seperti itu.

Lebih baik aku menjadi pemerhati useless sahaja
Tanpa memberi pendapat dan cadangan.

Ulasan

Catatan Popular