~

katanya:

Maafkan aku wahai jiwa,
Kerna aku cinta akan dia...
Andai dikau terluka
Kerna kebodohanku
Maka, maafkan aku...
Tapi, aku juga terluka
Sama sepertimu
Akibat mencintainya...

Tahukah kamu
Aku benci, sangat benci
Andai aku berhenti
Mencintai dia
Kerna itu, aku tetap
Memilih mencintainya
Walau kamu, yang ada di dalamku
Mati lemas tenggelam.

Aku rela pilih duka cinta
Berbanding gembira cinta
Asalkan dia aku cintai
Buat selama-lamanya.

!!!
Aku akan seksa hatiku
Guna unrequited-delusional cinta
Agar puas jiwaku
Membalas dendam
Kepada hati kerna mencintai...

!!!
Aku akan seksa hatiku
Guna delusional cinta
Agar puas jiwaku
Membalas dendam
Kepada hati
Kerna selalu menyeksa ia.

!!!
Aku tak perlukan
Kegembiraan cinta di dunia ini...
Kerna, aku mahu balas dendam
Kepada hatiku, yang selalu
Berbuat sesuatu
Sehingga jiwaku lemas.

Ulasan

Catatan Popular