~aku masih mencintaimu~

katanya:

tersangat bodoh aku ini
aku sanggup meranakan hatiku
hanya kerna ingin tetap mencintaimu
walaupun aku tahu, ini cinta delusi.
aku membiarkan hatiku merana
asalkan aku bisa mencintai kamu
walau hanya aku yang mencintai.
aku benar-benar berhasrat bahwa aku
tidak mahu lagi lari dari cinta ini
walau ia cinta delusi penuh ilusi.
aku tak akan lagi lari dari cinta
yang aku rasai dikala ini, di saat ini
walaupun aku merana, jiwaku lemas.
aku dah biasa merasai duka, kesedihan
maka aku tak kisah andai, lagi dan lagi
aku diseksa cinta, dibunuh cinta.
lantaklah, andai aku tak akan lagi
merasai kegembiraan selama-lamanya.
kerna mungkin, aku ini tidak layak
merasai kegembiraan hasil cinta.

pernah kau mencintai seseorang
hinggakan kau rela merana
untuk setia kepada cinta one-sided?

aku pilih menjadi bodoh kerna cinta.

Ulasan

Catatan Popular