~
katanya:
kita suka tidak melepaskan sesuatu
yang memusnahkan hati dan jiwa sendiri
kerna kita anggap hanya sesuatu itu sahaja
sumber yang bisa menggembirakan hati sendiri.
aku tahu, mencintaimu menyeksa hatiku
jiwaku lemas dalam duka cinta
aku tahu itu, sangat-sangat tahu
tapi, aku tetap mahu mencintaimu
kerna hatiku tidak mahu lupakan kamu
katanya ia rela merana mencintaimu.
baru aku tahu, ini rasanya
seseorang yang merana kerna cinta
masih tetap mahu terus mencintai
walaupun ia cinta tersangat mustahil.
ini rupanya rasanya
mahu tetap terikat dengan cinta
walaupun ia menyeksa hati...
Ulasan
Catat Ulasan