~jatuh ia~
katanya:
dia dah biasa
tidak menitiskan air mata
bila cinta menikamnya
setiap waktunya.
tapi, beberapa hari ini
ia dah tidak tertahan lagi
air mata bercurah jatuh
menangis dia di bilik kecilnya.
dia dah tak bisa tahan lagi
kesakitan hatinya
merasai peritnya cinta.
cinta benar-benar membunuh jiwanya
air mata turun memikirkan segalanya
mindanya penat, hatinya seksa
jiwanya mati dan mati.
dia dah lelah melayan cinta
tapi egonya tetap mahu
masih mencintai wanita itu.
.
kita terikat dengan sesuatu
yang menyeksa jiwa, hati
kerna kita anggap
hanya itu sumber kebahagiaan.
Ulasan
Catat Ulasan