~mimpi~

katanya:

aku bermimpi jumpa kamu lagi
tapi ia bukan lucid dream...
rasanya, dalam mimpiku itu
kamu tidak sedar wujudku, lagi
dan, aku juga berputus asa
nak kamu sedar wujudku...
tapi kenapa, kamu tetap muncul
di depanku dikala aku dah berhenti
berharap agar kamu memandang aku.
dalam mimpiku itu
kamu ada di depanku,
tapi kamu tetap tak sedar wujudku
mungkin kerna ramai manusia...
kamu muncul di depanku
di kala aku dan berputus asa
untuk memandang kamu.

dalam mimpiku itu, di kala aku berusaha
hasilnya adalah sebuah kegagalan
tapi kenapa, di kala aku dah berputus asa
kamu muncul berdiri di depanku ...?
dan, aku diberi peluang untuk
tunjukkan siapa aku...
akhirnya aku terbangun, dan
azan subuh kedengaran...

terima kasih, kerna muncul lagi
dalam mimpiku...
aku berharap selepas ini
adalah lucid dream
agar aku bisa kawal aku di alam itu
untuk luahkan rasa cintaku terhadapku...
itu sahaja yang aku mampu
untuk luahkan cintaku kepadamu
walaupun aku tahu,
kamu yang ada dalam mimpiku itu
bukanlah kamu, tapi sekadar mimpiku...

Ulasan

Catatan Popular