~art ku~
katanya:
minta maaf, art ku ini penuh kegelapan
kerna ia datang dari dalam jiwaku
yang digelapkan oleh psikologi rosakku
dan digores oleh pisau cinta yang ada dalam hatiku.
art ku ini adalah bayang dari kegelapan jiwaku
yang sentiasa sesat dalam kegelapan lembah
yang sepertinya tidak ada penghujungnya,
sepertinya lembah ini tiada cahaya di penghujungnya
mungkin apa yang ada di penghujung sana
hanyalah lampu kereta api sahaja
yang bakal melanggarku tanpa belas kasihan
dan, mungkin pengakhirannya adalah
dengan relaku, aku biarkan ia langgar akan aku
tanpa ku coba elak ia dari melanggarku
kerna aku tiada pilihan lain lagi, mungkin.
Ulasan
Catat Ulasan