~bunga~
katanya:
penat lelah jiwaku diseksa cinta
tidak bisa lagi dihilangkan oleh tidur
malah, terasa penat badanku ini
coba ku paksa bangun setiap pagiku
berat perasaanku, susah nafasku.
duka kemurungan ditambah duka cinta
memang penawar tersangat real mujarabnya
menyembuhkan duka hasil kegembiraan.
dua duka itu adalah kunci penjara
untuk bebaskan jiwa dan sanubariku
dari dipenjarai oleh sangkar kegembiraan.
patutkah aku kekalkan dua duka itu
dalam jiwaku, dalam hatiku, dalam hidupku
agar biarlah buat selama-lamanya
aku bebas dari perangkap kegembiraan?
aku lemas dalam lautan kekeliruan
kerna salahku takut bebaskan hidupku
melepaskan segala duka yang menghantuiku
semuanya salahku, kerna masih mahu
memelihara dua-dua duka itu dalam jiwaku
menyiram aku bunga duka itu setiap hariku
biar ia tumbuh subur membunuh jiwaku
kembang mekar mengambil ruang kegembiraanku.
sentiasa aku menjaga rapi bunga duka itu
berharap madunya bisa keluarkan penawar
sembuhkan segala duka hasil bunganya
tapi ternyata, ia tidak mempunyai madu
malah duri-durinya mengeluarkan racun
membunuh lagi jiwaku, hatiku, sanubariku
setelah ia dibunuh oleh bunga-bunganya.
juga, semuanya salahku, kerna masih mahu
memelihara bunga-bunga itu dalam hidupku.
ia tersangat susah, melepaskan sesuatu
yang hatiku tersangat mencintainya
walaupun ia hanya menyeksa jiwaku, batinku...
Ulasan
Catat Ulasan