~lelahku dalam hidupku~

katanya:

i'm tired, i'm really tired
but, i still want to break my heart
using this kind of love...

aku penat, aku lelah, tersangat lelah
merasai peritnya sebuah cinta
tapi, masih aku mahu hancurkan hatiku
guna cinta, biar hatiku hancur sehancurnya
dan biar saja aku merasai peritnya duka
apabila hati dah terlalu mencintai
hinggakan lemas tenggelam sedalam-dalamnya
dalam lautan duka cinta yang tersangat dalam
biar hatiku berhenti berharap akan cinta
biar jiwaku berhenti bernafas dalam harapan.

aku lelah, aku penat, tersangat penat
kerna sentiasa di lembah cinta ini
semuanya salahku, kerna aku tak bisa
menolong diriku sendiri untuk keluar
dari lembah yang sentiasa menyeksaku ini.
semuanya tetap salahku, kerna masih mahu
mendengar suara cinta hatiku
walaupun suara itu adalah pembunuh real.
semuanya tetap salahku, kerna masih mahu
tinggal dalam lembah kegelapan ini
apa dayaku, aku takut meninggalkan lembah ini
kerna aku takut, melupakan dia
aku benci andai hatiku lupa akan dia
tersangat benci memikirkan akan itu.
kerna itu, aku rela merana merasai duka cinta
berbanding mencari cinta lain...

aku bodoh, tersangat bodoh
kerna menikam diri sendiri guna pisau cinta
aku tidak layak ditolong atau meminta pertolongan
makanya, aku terus diam dan diam
walaupun jiwaku teriak menangis
diseksa perasaan yang dinamakan cinta.
jiwaku, hatiku lemas tenggelam
tapi aku tak minat nak berharap
agar seseorang bisa menarikku keluar
dari lautan yang melemaskan diriku ini.
biar saja, aku mati dalam lautan itu
bersendirian, kesepian, kesunyian
kerna aku layak untuk semua itu...

aku hancurkan hatiku lagi dan lagi
guna penukul cinta yang sama
biar saja hatiku hancur berkecai
agar ia tidak akan lagi berharap
supaya cintanya bakal berbalas...
engkau memang layak untuk hancur, wahai hati
itu hukumanmu, kerna mencintai
itu hukumanmu, kerna menyeksa jiwa
itu hukumanmu, kerna sentiasa berharap
itu hukumanmu, kerna sentiasa berangan-angan.
rasailah seksanya, bersendirian...
sikit demi sikit... biar engkau mati...!!!

Ulasan

Catatan Popular