~masih~
masih, dia seperti itu
diseksa cinta unrequited-delusional
jiwanya semakin parah teriakannya
psikologinya teramat seksa peritnya
mindanya tercabar warasnya
teriak dia sekuat-kuatnya dalam diamnya
hatinya sakit, teramat sakit rasanya
dia mati di dalam dirinya sendiri
lemas tenggelam payah bernafas
tercuap-cuap tarikan nafasnya
air matanya masih jatuh tak tertahan
menangis bersendirian di ruang kecilnya
tanpa sesiapa tahu, tanpa diceritakannya
cinta benar-benar menyeksa batinnya
semua kerna bodohnya sendiri
kerna masih mahu memilih
mencintai wanita itu.
dia bodoh, tersangat bodoh.
'jangan jadi seperti aku
yang masih mahu mencintai
walau ia cinta termustahil.
jangan jadi seperti aku
tidak mahu mengabaikan cinta
yang unrequited-delusional...'
pertama kali dalam hidupnya
dia benar-benar diseksa cinta
sebuah cinta yang termustahil.
pertama kali dalam hidupnya
dia diseksa duka cinta
dengan durasi masa yang lama.
'aku tak nak lagi jatuh cinta...'
Ulasan
Catat Ulasan