~penawarkah~
mungkin, kerna dia sentiasa kalah
maka, dia mula rasai segalanya
hanyalah kekosongan sahaja...
tapi, ada manusia yang sudah berdiri di atas
tetap juga akhirnya, rasai kekosongan
ada yang tetap rasai kekosongan
walaupun ada segalanya yang dicari manusia.
dia sentiasa merasai kekosongan
tapi, dia sedari suatu hal
yang mungkin penawar kekosongan
iaitu kerohanian, hal-hal jiwanya
hal-hal batinnya.
mana yang lebih seksa merananya
adakah setelah ada segalanya
baru rasai kekosongan akan hidupnya,
atau langsung tidak mempunyai apa-apa
tapi telah rasai kekosongan hidup,
atau yang setelah ada segalanya
tapi dirinya sedari ia tidak bisa menjadi
penawar kekosongan yang ada di jiwanya,
atau ia tidak ada hierarki merananya?
Ulasan
Catat Ulasan