~berubah~
katanya:
jiwaku dah terlalu lemas duka
hasil sebuah cinta yang delusi
kerna itu ku jauhkan diriku
dari tragedi syahdu drama
juga, filem-filem rekaan manusia lain.
tidakku mahu lagi melayan tragedi
tidakku mahu lagi menyerap apa-apa
tidakku mahu jiwaku bertambah sayu.
kini, hanya ku diamkan diri bersendirian
di lewat setiap malam hariku
sambil memandang langit malam
tanpa lagi mendengar lagu syahdu
tanpa lagi puisi duka cinta
tanpa lagi filem dan drama cinta
sekadar diam dan diam.
tidakku lagi embrace duka cinta
tidakku lagi embrace duka kemurungan
kerna takutku jiwaku jadi kacau kelam
kerna takutku mindaku tercabar warasnya.
Ulasan
Catat Ulasan