~cinta di alam khayal~

katanya:

lelaki itu jumpa seorang wanita di alam realiti
tapi kerna dirinya sentiasa di alam khayal
maka, dia reka wanita itu di alam khayalnya
sebagai cara menemani hatinya yang sunyi
kerna dah terlalu lama dia bersendirian
di alam khayalnya itu, sentiasa bersendirian.
akhirnya, alam khayalnya berubah menjadi romantika
hasil kerna wujudnya wanita itu di alam khayalnya
kini, dia sentiasa bersama wanita itu di alam khayalnya
senyuman wanita itu terindah, tawanya juga begitu
wajahnya tercantik di matanya, personalitinya indah.
wanita yang ada di alam khayalnya adalah sama
dengan wanita yang ada di alam realiti, katanya itu.

tapi, lama-kelamaan dia sedar bahwa
dia hanya mencintai wanita berdasarkan ideanya
bukan berdasarkan realiti wanita itu di alam realiti.
wanita yang ada di dalam khayalnya adalah berbeza
dengan wanita yang ada di alam realiti,
walaupun wajahnya sama, tapi hanya itu yang sama...

dia sayu, dia merana, dia rasa seksa
kerna walau dia tahu itu, tapi tetap dia kalah
kalah melawan cinta, logiknya kalah lawan cinta.
cinta bukanlah peringkat tertinggi, tapi ilmu
malangnya, ilmunya dikalahkan oleh cinta
cinta ilusi lagi delusi hasil khayal.
semuanya salahnya, kerna masih mahu
memilih terus mencintai wanita itu
wanita yang ada di alam khayalnya...

tapi, dia juga mencintai wanita di realiti itu
walau dia tahu, wanita yang ada di khayalnya itu
berbeza dari wanita yang ada di alam realitinya...

Ulasan

Catatan Popular