~cinta~

katanya:

aku berangan-angan mencari Cinta Ilahi
berangan-angan mahu memenuhi hatiku
dengan sebuah cinta yang Real, yang kekal
sebagai caraku agar tidak akan lagi
merasai duka sebuah cinta ilusi
agar tak akan lagi jiwaku lemas
hasil kerna mencintai seseorang...
aku katakan ia sebagai angan-anganku
kerna aku tetap ikut nafs al-hayawaniyyah ku
hanya sedikit peduli akan nafs al-natiqah ku
tapi, jauh di lubuk hatiku ini
aku benar-benar nak mencari Cinta Ilahi
kerna aku dah penat, dah seksa,
dah lelah mencintai makhluk.

Ulasan

Catatan Popular