sains dalam pencarian realiti
Ya benar, sains terbatas, dan ada perkara yang tidak bisa diterangkan oleh sains, apatah lagi sains sekarang pun dah disempitkan definisinya, unsur rohaniah ingin dibuang jauh dalam penerangan sains... tapi, mereka yang benar tahu hal-hal metafizik secara terperinci, mereka boleh membantu dalam perkembangan teori-teori fizik. tapi kita kekurangan ilmuwan islam yang boleh membantu dalam perkembangan sains, terutamanya fizik teoritikal, yang ramai hanyalah mereka yang tahu kritik sains sahaja, tapi tak mampu menawarkan teori alternatif, tak mampu menunjukkan hala tuju kepada penerangan alam yang benar tanpa ada pemisahan antara unsur fizik dan metafizik. kalau ada pun, akhirnya sekadar hasilkan sains ad hoc, bak kata prof shaharir, sains burcallisme.
tapi, sekarang ni ada beberapa ahli fizik teori, yang menawarkan teori alternatif, misalnya seorang professor gunakan 'teori' ahli kalam mengenai penciptaan semula untuk digunakan sebagai tafsiran alternatif untuk kuantum mekanik, dan ada juga ahli sains yang gunakan metafizik ibn arabi untuk teori alternatif sains alam tabie... tapi, entahlah apa hasilnya, takut sekadar sains ad hoc sahaja pengakhirannya.
kerna saya tahu sains terbatas, maka itu saya coba belajar ilmu metafizik, tapi apa boleh buat, saya disibukkan oleh kapitalisme. hahaha.
dan untuk soalan saya yang kedua itu, entahlah, kerna dalam buku syarah al-attas kepada kitab al raniri, mengatakan bahwa seorang ahli sains, falsafah, kalam melihat dunia ini berbeza jika dibandingkan oleh seorang ahli metafizik tulen.
dan ahli metafizik melihat alam tersebut melalui mata zahir atau guna ruh (?) ? Teknologi nak sampai ke sana benar-benar perlu tahu bagaimana nak menggabungkan sesuatu yang berlawanan.
tapi, ahli metafizik boleh bantu hala tuju sains, kerna menurut prof al-attas, re-creation ahli kalam tu hampir sama dengan prinsip re-creation ahli sufi.
Ulasan
Catat Ulasan