aku mencintaimu

katanya:

cinta... sebuah cinta romantika,
layakkah ku merasai cinta
layakkah diriku ini dicintai
layakkah aku mendakap cinta...?
jiwa ini rasa sunyi kesendirian
melodi syahdu peneman kesepian
tapi, jiwa ini juga perlu sentuhan
ia hendak didakap oleh cinta...
melodi dan puisi tidak bisa lagi
mendakap erat jiwa ini... kerna,
jiwa ini, ia mahu dipeluk erat
oleh erti cinta dari kekasih hati.
lelah sudah, suram sudah, ia kelam
akan sanubariku ini, akan jiwaku ini
mencari prosa puisi, melodi lagu
sebagai peneman dalam hidupnya.
tapi, layakkah ku mencari cinta
layakkah ku menyambut cinta
layakkah aku mendakap cinta...?
terperangkap aku dalam realiti ini
lemasku juga dalam lautan fantasia
akhirnya, hanya pendam dan diam
meneruskan penjara kehidupan ini...

penamatnya, aku tidak lagi mencintai
dan tidak lagi menerima cinta...
sekadar coba menghayati Cinta
sebagai caraku menerima derita
akan sepi, sunyi, duka, kosong...,
juga derita sebuah kesendirian.

Ulasan

Catatan Popular