prosa
katanya:
prosaku menangis sayu
kerna ia mahu lari dari sepi
mahu ia melakar keindahan
tidak lagi melakar kegelapan.
prosaku teriak syahdu
mahu ia bebas terbang jauh
dari penjara sepi kesayuan
mahu ia bebas dalam keindahan
bukan lagi terperangkap
dalam lembah yang tiada
penghujungnya, pengakhirannya.
Ulasan
Catat Ulasan