seni

katanya:

dia tak lagi tenggelam
dalam lautan intelektual
tapi, jiwanya tenggelam
di lautan seni sastera.
indah tenggelam di situ
berbanding lemas
di lautan idealisme.
dia sirna di alam seni sastera
abaikan lautan ideologi.
tiada cinta di alam intelek
hanya ada cinta
di alam seni sastera.
hanya ego dan selisih
rajai intelektual,
di alam seni ia lagi indah
kerna, ia tak berkata
tak berintelektual
sekadar cermin jiwa
tanpa perlu diperselisih
hanya didiamkan
dalam senyum
dalam tarian dalam jiwanya.

dia pilih dunia seni
berbanding dunia intelektual
walau dia tahu, dua-dua itu
tidak bisa dipisahkan
tapi, dia pilih untuk pisahkan
akan dua-dua itu
melalui diam mulutnya
melalui tari jiwanya
dalam menghayati seni
dan hanya memandang
intelektual dari jauh
tanpa soalan, tanpa jawapan.

Ulasan

Catatan Popular