Bodohku
katanya:
Perlahan dia lari dari derita cinta,
Elok baginya berhenti mencintai
Namun dia tetap pilih derita cinta;
Cinta yang tidak kesampaian
Adalah dakapannya dalam diam.
Rakus derita memakan jiwanya
Impian cinta hanya dalam fantasia.
Falak bergelipan di suram malam
Angkara derita bintang diabaikan
Nama kekasih itu hafalannya
Tidak sesekali pernah dibalas cinta.
Amuk mula jiwanya, mahu bebas cinta
Sengsara cinta harus dipinggirkan
Itu adalah pilihan terbaik... tapi,
Api derita cinta, masih dia mahu jaga.
Ulasan
Catat Ulasan