Ku ini
katanya:
!!!
Ku ini bukan berjiwa pahlawan
Yang gagah berani melawan
Meluruskan yang bengkok
Agar kebenaran dijaga kekal
Sebagai pusaka generasi depan.
Ku ini bukanlah seorang perwira
Yang perkasa berkata kebenaran
Hingga bisa menyentuh jiwa insan
Agar berani bersuara lantang
Melawan yang batil dan sesat.
Ku ini bukanlah berjiwa pendekar
Yang tidak diam bila dihina
Bersuara kuat melawan kejahatan
Biar darah merah keluar laju
Jangan agama bangsa dipijak.
Ku ini bukan seorang pejuang
Yang seninya beri api patriotism
Membakar jati diri anak muda
Agar melawan koruptor yang hina
Tanpa undur diri walau dipenjara.
~~~
Ku ini hanyalah si pengalah
Yang diam bila dimaki dihina
Tanpa lawan mahupun berbicara.
Ku ini hanyalah si sampah
Yang takut disedari wujudnya
Sekadar menyendiri di alam idea.
Ku ini sekadar si loser bangsat
Yang sirna ke alam seni fantasi
Itu eskapisme lari dari diri sendiri.
Ku ini sekadar pemerhati biasa
Yang diam tanpa motivasi
Mengatakan apa yang ada di minda.
Ku ini hanya self-proclaim depresi
Yang seninya hanyalah sampah
Puisi Mediocre confessional poetry.
...
Tapi... ku juga manusia
Yang mahu lihat dunia aman
Mahu lihat senyuman insan
Mahu lihat pokok-pokok meluas
Mahu lihat kanak-kanak bergembira
Mahu lihat harmoni bermahajarela
Mahu sirna menikmati kerohanian
Tanpa perang, tanpa gaduh rusuh
Sekadar hidup rasai Cinta Real
Selama-lamanya, hingga akhir ku.
Ulasan
Catat Ulasan