tentang kau


katanya:

Kau nak buang 'kau'
Yang ada dalam jiwa kau
Kerna kau benci akan 'dia'
Sangat-sangat benci akan 'dia'
  ['Dia' yang ada di dalam diri kau
  Wujudnya kau sembunyikan ia
  Sekadar dikau tahu wujudnya
  Malah, 'dia' itu ibarat bayang
  Tidak bisa materikan wujudnya
  Melalui zahir badanmu,
  Pergerakanmu, ucapanmu].

Tapi, kau sentiasa
Menulis tentang 'kau'
Yang ada dalam jiwa kau itu
Mungkin kerna, 'dia' itu
Hanya bisa dizahirkan wujudnya
Dalam prosa puisi.
  [Senimu itu sebenarnya
  Bukan milikmu
  Tapi, milik 'dia' yang ada
  Di dalam diri kau.
  Kau hanya bisa
  Materikan seni itu
  Tapi, ia bukan milik kau...
  Kerna, emosi dan perasaan
  Yang tersurat dan tersirat
  Atas kanvas hitam puisimu itu
  Bukanlah milik kau
  Tapi milik 'dia'].

Maknanya,
Kau hanya mendakap erat lagi
'Kau' yang ada di dalam kau
Tanpa kau sedari
Hingga kau akhirnya sedari.
  [Kau dakap 'dia' erat lagi dan lagi
  Kerna, tanpa kau sedari
  Atau kau sememangnya sedar
  Bahwa kau embrace 'dia'
  Walau kau tersangat benci 'dia'
  Semata-mata untuk hasilkan
  Seni sastera kelammu].

Sumpahan-curse nya adalah:-
Kau tak bisa lari
Dari 'dia' selama-lamanya
  [Kerna, bagaimana kau nak lari?
  Andai dikau lari, maknanya
  Seni sasteramu pupus
  Dan, dikau tak bisa lagi
  Hasilkan seni sastera.
  Andai bisapun,
  Ia tetap tidak milikmu
  Tapi milik 'dia',
  Dia yang bersembunyi
  Dalam penjara jiwamu].

Juga, tahukah kau bahwa-
Perihal kau langsung tidak ada
Dalam tulisan-tulisanmu itu
Walau kau yang tulis semua itu.
  [Kau sebenarnya
  Langsung tidak wujud
  Dalam seni sasteramu itu,
  Yang wujud hanyalah 'dia'
  'Dia' yang ada dalam jiwa kau].

Malah, 'kau' yang dikau benci itu
'Dia'lah juga
Yang memberi emosi
Dan perasaan kepada kau
  [Kerna 'dia' itulah yang hayati seni
  Yang membolehkan dikau
  Menghargai, dan menghasilkan
  Seni sastera atas kanvas hitam;
  'Dia' itulah yang membantu kau
  Menikmati seni sastera
  Membantu kau melukis puisi
  Atas kanvas gelap].

Maknanya lagi, dikau
Tak boleh buang 'dia'
Kerna 'dia' adalah kau;
  ['Dia' dan kau adalah satu
  Walau dikau rasa
  'Dia' dan kau berbeda;
  Kau anggap dan yakin
  'dia' dan kau berbeda
  Kerna 'dia'lah punca
  Perit yang kau hadapi
  Di dunia empirikal ini,
  kan?]

Jadi, apa caramu
Kurangkan 'jarak'
Antara 'dia' dan kau;
Antara 'kau' dan kau?
  [Agar suatu hari nanti
  Jarak itu pudar
  Dan dikau bisa
  Menerima 'kau'
  Yang ada di dalam kau
  Tanpa lagi mahu
  Buang 'dia', bunuh 'dia'].

Ulasan

Catatan Popular