adikku

Budak ni,
Katanya nak jadi angkasawan.
Nak pergi ke surya.
Jumpa tuhan mahunya...
Kah kah kah..

Wahai adikku,
Sains tak bisa
Bawa dikau ke metafizik.
Tapi, ia subjektif-relatif...
Kerna, sains mampu didik dikau,
Betapa limitnya alam empirikal.
Dan, keingintahuan
Mula mencengkam jiwa;
kau mula mahu  cari
Perbicaraan perihal metafizik;
'the ultimate nature of reality',
Seperti ditulis dalam buku
Al-futuhat al makiyyah,
Masterpiece pengkarya sufi:
Syeikh al akhbar ibn arabi.

Ku pernah disoal dia:
'Abang, tuhan ada di mana?'.
Ku jawab mudah:
'Tidak tahu.'
Dia pandang aku.
'Tuhan ada di hati', kataku.
'Abang tipu', jawabnya.
Hahaha.
'Tuhan ada di atas...'.

Wahai kau,
Kau nak lemaskan jiwamu di mana:
Alam perbicaraan metafizik sufi
Mencari penerangan tepat
Akan realiti dunia empirikal
Beserta dunia rohani ini,
Atau masuk ke alam puisi sufi
Karya ahli syair sufi terhebat
Rumi, penulis buku masnavi...
Dan, biarkan jiwa menari
Di alam keindahan rohani
Metafora seni puisi sufistik.

'Bang, pinjam ps vita.'

Suka hati kau la...
Di zaman liberalisme ni,
Di ekonomi kapitalisme ni,
Materialisme, konsumerisme,
Dalam kekeliruan demokrasi ni,
Dalam dunia majoriti
Yang berideologi humanisme ni,
Mungkin, lebih seronok...
Sirnakan jiwa ke alam teknologi.
Dan, impian jadi macam snowden,
Tak pun, jadi macam si dia;
Pengasas kontroversi wikileaks.
Lepas tu, dalam seni pula:-
Layan confessional poetry,
Dan menikmati genre tragedi
Yang ada dalam seni dan sastera
Sebagai catharsis dan eskapisme
Dari kekosongan psikologi hidup
Selepas penat diseksa oleh impian.

Ulasan

Catatan Popular