habromaniaku
katanya:
Sehelai baldu biru, yang dikau hias itu.
Intim simbol cinta yang menusuk kalbu.
Pulanglah ke pangkuanku wahai cinta.
Era cinta kita dah hilangkah ia darimu?
Namun, ku ini masih mahu mencintaimu.
Cara ku lawan derita ini adalah dakap ia.
Apa benar dikau tak mencintaiku lagi?
Rihlah cinta kita hilang dari memorimu?
Influenza rindu mula melemaskanku.
Fatamorgana memberiku habromania;
Abadi cintamu terhadapku selamanya.
Nyahwarna akan realiti indah cintamu.
Tidakku mahu balik ke realiti derita.
Aku membiarkan jiwaku memelukmu.
Semakin mekar cinta di fantasiaku.
Isolasi zahirku dari empirikal dunia.
Anarkiku coba menarikku keluar dari itu.
Ulasan
Catat Ulasan