pisau dalam seni
katanya:
!!!
Jom, kita hancurkan hati kita
Guna pelbagai seni syahdu
Biar tragedi dalam seni
Tikam jiwa hingga berdarah.
Ambil pisau dalam seni
Asah ia biar tajam
Dan, tikam jiwa sendiri
Guna tangan sendiri
Biar jiwa berdarah
Biar hati terluka parah.
Tragedi dalam seni
Biar ia hancurkan hati
Biar cermin jiwa retak pecah
Agar, ia bertambah hidup
Mendakap pelbagai derita
Yang ada dalam seni.
Dalam seni melodi syahdu
Ada pisau tersembunyi
Ambil ia, asah ia biar tajam
Dan tikam kejam jiwa sendiri
Biar emosi bertambah dalam
Biar perasaan terus tenggelam
Dalam derita yang ada dalam seni.
Pukul biar pecah akan logika
Hilangkan nilaian dalam seni duka
Lemaskan jiwa dalam lautan itu
Biar terus sedar dalam perit seni
Agar jiwa bertambah parah
Hayati keindahan tragedi seni.
Itu cara terbaik, hayati seni.
Ulasan
Catat Ulasan