tidak bebas nilai
Wahai si ahli - pakar ilmu moden
Andai cara dikau mengkaji
Akan sebuah erti perihal manusia
Melalui cara psikologi, psikoanalisis
Maka, jawapan yang dikau dapat itu
Juga adalah, ia tetap dalam bidang itu.
Cara engkau bertanya kepada alam
Itu jawapan yang bakal dikau terima
Kerna alam [termasuk juga manusia]
Ia memberi jawapan yang berbeza
Kepada pelbagai soalan yang sama
Yang diutarakan oleh bidang yang lain.
Andai dikau mengkaji minda
Melalui cara neuroscience
Maka hasil pengkajian itu
Ia adalah untuk neuroscience
Andai pula dikau mengkaji minda
Melalui pendapat ahli sufi islam
Maka hasil pengkajian itu juga
Ada adalah dari pandangan sufi.
Pengkajian dari pelbagai bidang
Untuk perkara/benda yang sama
Ia memberi jawapan yang berbeza
Kerna, alam memberi jawapan
Berdasarkan cara dikau mengkaji ia.
Tahu dikau, apa yang aneh tentang
Mikrokosmos [perihal manusia] dan
Makrokosmos ini [perihal alam]?
Ia adalah, ia memberi pelbagai jawapan
Kepada soalan yang sama/hampir sama
Hanya kerna dikaji perihal ia itu
Dari bidang yang berbeza/berlainan.
Misalnya adalah perihal psikologi.
Dari perspektif ilmu psikologi sekular
Ia adalah ketidakseimbangan biokimia
[Andai ada sebab/penjelasan lain
Ia tetap hanya kerna empirikal semata
Melimitkan kepada jasad semata]
Tanpa melibatkan peranan roh/spirit.
Tapi, dari perspektif rohani pula
Ia adalah kerna- asalnya dari roh
Dan, kerna 'kekacauan' roh itulah
Sebab kepada wujudnya emosi gelap
[Mereka tidak sesekali limitkan
Sebab kelam psikologi individu
Hanyalah kerna roh semata-mata
Tapi, jasad dan roh ada hubungan;
Dua-dua itu ada tindak balas tertentu].
Dari bidang fizik alam fenomena pula
Ahli fizik melihat sebab dan akibat
Berdasarkan 100% adalah kerna material
Tanpa melibatkan peranan [act] divine.
Sedangkan bagi ahli metafizika sufi pula
Pencipta tidak berehat mengurus alam
'Each day He is upon some task.'
al-Qur'an 55:29.
Pelbagai nama dan sifat Ilahi
Memainkan peranannya yang tersendiri
Kepada alam empirikal dan alam insan.
Juga perihal proses re-creation
Yang mempunyai peranan terpenting
Untuk sebab dan akibat semesta.
Andai dikau coba integrasikan
Pelbagai bidang ilmu yang berbeza
Terutamanya sains zahir dan ilmu roh
Ia akan menjadi 'kacau bilau membadai'
Ia dikatakan pseudoscience, sains palsu
Ia tidak saintifik, tidak empirikal;
Tidak bisa dibuktikan secara saintifik
Maka, selama-lamanya ia berpisah.
In the first place, semuanya kerna
Dua-dua bidang itu berbeza falsafahnya.
Berbeda faham ilmu, epistemology nya
Dan berbeda faham wujud, ontology nya.
Andai coba diintegrasikan/diharmonikan
Ia kelihatan subjektif dan perspektif
Kerna framework dua-dua itu beda.
Apa yang terlalu peliknya adalah;
Apa yang diterima majoriti hanyalah
Yang dianggap 'objektif', bebas nilai
Iaitu penerangan empirikal semata;
Hanya penerangan saintifik yang mutlak.
Dan yang indah sandiwaranya pula
Walaupun ia dianggap the truth- mutlak
Tapi ia bakal lagi berubah-ubah
Mengikut perkembangan ilmu sains.
Jadi apa yang perlu dilakukan
Hanyalah diam, diamkan suara
dan biarkan jiwa keindahan lebur
Dalam percobaan mencari perihal
'The ultimate nature of reality'
Dalam diamnya zahir jasad
Tanpa apa-apa penerangan.
Tapi, cebisan-cebisan ia itu ada
Dalam seni sastera karya nya
Secara literal dan disembunyikan
Dalam tersirat dan tersuratnya
Akan pelbagai karya seni sasteranya.
Ulasan
Catat Ulasan