mikrokosmos-makrokosmos
dalam membaca alam cakerawala
juga membaca biologi jasad manusia
perlu ada blueprint untuk terangkannya
perlu ada framework untuk takwilkannya
perlu ada worldview untuk tafsirkannya
perlu ada ontologi untuk memegangnya
perlu epistemologi untuk sedarkannya
agar tahu limit dan luas bidang ilmunya
supaya tidak sesat dalam memahaminya
[kerna kewujudan roh yang immaterial
juga kewujudan alam kerohanian
(kewujudan alam selain alam empirikal)
tidak bisa dibuktikan melalui saintifik
semata-mata (setakat ini).]
agar mengerti tujuan utama hidupnya
iaitu mencari keredaan Sang Pencipta;
ilmu yang bermatlamatkan ke-EsaanNya
dan juga berpaksikan keagunganNya
sebagai ibadat untuk mentauhidkanNya
dalam pengkajian teori alam semesta
juga dalam penyelidikan jasad insan.
Ulasan
Catat Ulasan