tangisan sastera
seni dan sastera itu menyeramkan
ia didik hati, jiwa, kalbu, minda, roh
agar menjadi sensitif, hidup
mendakap pelbagai emosi-perasaan
hinggakan diri sendiri seksa merana
merasai tragedi kehidupan sendiri
yang di-catalyst-kan oleh genre tragedi
yang dimekarkan oleh pereka sastera.
masih kamu mahu melayani sastera
walau ia membunuh kalbumu kejam?
masih kamu mahu mendakap seni
walau ia mengingatkan kembali dikau
perihal penderitaan hidupmu, merana?
.
seni sastera itu menyeramkan;
bagaikan duka parah di kalbu
ditikam kembali, lagi dan lagi...
pisau sastera seni membelah hati
memasuki jiwa mahu tikam kejam ia
biar bertambah parah lukanya
agar emosi suram mendakap lagi
memori yang perit membunuh semula
biar jasad tak akan bangkit lagi.
masih kamu mahu berteman seni
walau ia bangkitkan semula deritamu?
masih kamu mahu bercinta sastera
walau dikau mati dibunuh memori?
masih kamu memegang roh seni
walau kalbumu terkena sihir kelam?
Ulasan
Catat Ulasan