Ilusi Si Peminat Ilmu
menanam banyak pokok ilmu
tapi, akarnya tidak mendalam
menembusi tanah.
menyiram banyak pokok
tapi, akarnya pula
tak mencengkam tanah.
menanam satu pokok ilmu
tapi, dirinya hanya disibukkan
perihal daun semata.
menanam pelbagai pokok
tapi, akal batinnya pula
terlalu sibuk perihal akar.
memelihara satu pokok
tapi, sibuk pula
dengan pokok jiran.
menanam pelbagai pokok
tapi, batangnya dipotong
diganti batang pokok lain.
menanam pelbagai pokok
tapi, lupa siram
air amalan.
terlalu sibuk dan cemburu
akan pokok jiran yang popular
akhirnya, pokok sendiri dicabut ganti.
pokok belum berdaun
tapi, bising berdebat
kalahkan ayam bertelur.
tanam pokok real
untuk populariti, wang
bukan menyaksi realiti.
tanam pokok palsu
untuk jawatan, harta
tapi, lupa tanam pokok real.
tanam pokok, berniat pula
untuk melindungi masyarakat
tapi diri sendiri terpanah petir.
~tapi, ini hidup kalian
maka, berusahalah menjadi terbaik
menanam pokok terbaik
membetulkan niat setelah menanam
walau menganggap ia terlambat.
Ulasan
Catat Ulasan