karamnya pelbagai jiwa
jiwa yang telah lama merana
diseksa kepelbagaian kekosongan
tidak akan lagi disibukkan
perihal pencarian material dunia.
jiwa yang telah tahu
betapa dalamnya sebuah duka cinta
tidak akan lagi memilih mencintai
hanya diam memilih kesendirian.
jiwa yang telah terlalu lama
ditinggalkan di hutan kesendirian
tetap masih memilih erti kesepian
sebagai teman sejatinya.
jiwa yang mati dibunuh psikologi
masih jasadnya kelihatan hidup
tapi, ia mati, ia telah lama mati
jiwanya dah lama mati lemas karam.
Ulasan
Catat Ulasan