Melalui wujudmu

Melalui kamu
ku mula mengenal warna
selain warna hitam.

Melalui dirimu
Ku mula mengenal pelbagai warna
Yang indah-indah.

Melalui wujudmu
Bara hidupku terhambur indah
Laksana kelip-kelip.

Dengar melodi hatiku ini
Iramanya bergeometri cinta
Aksaranya berlirikkan kamu.

O cinta,

Walau wujudmu sementara
Tapi, potretmu kekal dalam hatiku
Sehingga matiku, selamanya.

Aku abadikan kamu dalam puisiku
Sembunyikan kamu dalam seniku
Tersirat perihalmu dalam sasteraku.

Ulasan

Catatan Popular