Pendam saja Duka ku

Dalam jiwa kita, ada sebuah lautan
Di situlah jiwa berenang bebas.
Jadi, ia terletak atas darimu
Bagaimana dikau hidup di lautan itu.

Bagiku, ini caraku selamatkan aku;
Ku coba kumpul segala air duka
Dalam bekas lautan batinku itu
Biar jiwa lemas lagi ke dalamnya.
Ku letakkan juga unsur gelap emosi
Ke dalam lautan jiwa kehitamanku
Biar diriku ini semakin mati lemas.
Ku pendam lagi pelbagai air duka
Ke dalam lautan perasaanku itu
Biar saja, derita terus membunuhku.
Ku serapkan lagi melodi syahdu
Ke dalam lautan kekosonganku itu
Biar saja, semakin jiwa ini hilang lesap.

Dan,
Ku diamkan saja semuanya itu
Walau ia asyik membunuhku kejam
Disebalik senyum dan tawaku ini.

Itu caraku, hargai seni, sastera.
Kerna duka, derita, merana itu
Didik jiwa mencari pelbagai emosi
Yang ada dalam seni kesusasteraan
Sebagai eskapisme jiwa sementara.

Ia catharsis ku
dari dulu hingga sekarang...

Tapi, ada sesuatu yang aku takutkan;
Gunung berapi dalam lautan itu
Ku khuatir, ia akan meletus parah
Dan terus menghilangkan wujudku
Dari dunia ini; empirikal mahupun
alam idea, fantasia.

Ulasan

Catatan Popular