Dalam memperihalkan teori evolusi
Tulisan ini adalah pendapat saya, dan tak semestinya tulisan saya ini dipersetujui oleh prof al attas sendiri, atau anak murid beliau.
.
Di kala teori evolusi itu dikritik, kita perlu tahu dari perspektif mana pengkritik itu, adakah dari perspektif sains atau metafizik. Begitu juga dengan golongan penyokong teori itu, adakah dari perspektif sains atau metafizik [dan, ada juga dari dua-dua perspektif sains dan metafizik atau perspektif lain].
Prof al attas mengkritik teori evolusi dari sudut pandang metafizik. Prof berpegang kepada faham alam golongan sufi bahwa 'this world perish upon coming into existence, and are continually being recreated by the Creator, hence the absence of a necessary relation between cause and effect'. Maknanya, alam ini bukanlah independent, self-subsisting, tapi ia [kewujudan, sebab dan akibat] bergantung kepada Pencipta. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan berevolusi untuk menerima kedatangan nabi adam yang bakal diturunkan ke planet bumi, di mana evolusi flora dan fauna itu bukanlah evolusi secara linear tanpa peranan Pencipta. Nabi adam adalah manusia pertama, ia adalah fakta, walaupun ia tidak bisa dibuktikan secara saintifik setakat ini, tapi dari pentafsiran al-quran, dan/juga pengalaman rohani ahli sufi, ia adalah benar bahwa nabi adam adalah manusia pertama, species terakhir yang diciptakan oleh Allah SWT. Metodologi beliau tidak terhad di alam/realm knowledge of intellect-rasio, knowledge of states, tapi hingga ke realm -knowledges of mysteries.
Manakala, bagi penyokong evolusi, mereka pun terbahagi kepada pelbagai kelompok. Ada yang faham evolusi dari perspektif metafizik, hinggakan faham mereka itu coba digunakan untuk mengatakan bahwa alam tak perlukan Pencipta, bahwa evolusi itu adalah secara kebetulan, independent, ia self-subsisting, self-organizing essence, tanpa ada unsur-unsur metafizik membantunya, tanpa ada divine act. Mereka juga menolak kewujudan adam dan hawa, dan mengatakan bahwa agama itu adalah hasil imaginasi manusia semata-mata. Dalam kelompok inilah berkumpulnya golongan extremist biologist yang terlalu mengagungkan ilmu sains hinggakan sains itu coba digunakan untuk menerangkan persoalan asas manusia seperti manusia berasal dari mana, adakah selepas mati ada kehidupan, apa tujuan manusia hidup, etc.. Antara extremist tersebut adalah Richard Dawkins. Golongan ini sangkut dan tergapai-gapai di realm knowledge of intellect-rasio dan menolak TOTAL knowledge of mysteries, hinggakan coba gunakan rasio semata-mata dalam perbicaraan metafizik. [Andai gunakan intelek pun dilimitkan ia]
Ada juga golongan yang menerima evolusi dari perspektif sains, dan berdiam diri dari masuk campur dalam perbincangan metafizik evolusi, kerna bagi mereka, sains dan agama itu berpisah, andai ada 'pertemuan' maka ia sekadar etika. Perihal epistemology[/faham ilmu], cosmology[/faham alam] dan ontology[faham wujud] pula, tiga-tiga itu perlu dipisahkan. Golongan kedua ni tidak menolak kewujudan Sang Pencipta, cuma mereka berdiam diri dari memasuki perbincangan metafizik evolusi, dan memilih pemisahan antara hubungan fakta dan realiti/hakikat dalam perbincangan alam. Selagi sains tidak bisa membuktikan kewujudan nabi adam selagi itu mereka tak akan masukkan nama adam dalam perbincangan evolusi mereka. Mereka melihat kebesaran Tuhan dalam proses evolusi alam dan makhluk, tapi semua itu dari perspektif sains yang ditambahi dengan agama. Di sinilah berbedaan terbesar antara mereka dan penyokong evolusi dari perspektif metafizik. Mereka juga sepertinya tidak meminati pencarian 'the ultimate nature of reality'. Dan, mereka bukan ahli atau peminat metafizik; school of thought wahdatul wujud atau metafizik lain. Mereka juga memahami tulisan sarjana islam dahulu mengenai evolusi melalui perspektif sains moden dan nilai moden, bukan dari perspektif metafizik. Perbicaraan mereka perihal evolusi hanya terhad dalam realm knowledge of rasio, dan berlakunya pemisahan walaupun bukan penolakan untuk realm - knowledge of mysteries.
Untuk perbedaan utama antara penyokong evolusi dari perspektif sains dan penentang evolusi dari perspektif metafizik adalah perihal makna 'ilmu', 'falsafah sains', 'tujuan ilmu' dan 'inquiry', juga perihal 'penerangan alam'. Apabila ahli metafizik coba menerangkan alam, maka mereka kebiasaannya berbicara melalui penyaksian mereka atau ahli sufi lain ketika fana' dan baqa'. Tapi, ahli sains moden kebiasaanya dalam menerangkan alam, ke arah material semata-mata, tanpa unsur kerohanian. Bagi mereka pemisahan TOTAL antara fakta dan realiti/hakikat alam. Definisi ilmu juga berlainan; "True science is that science which seeks the knowledge of the essences of things in relation to their divine origin." - Ibn Sina.
Tujuan ilmu juga berbeda; "Tujuan ilmu tabii ialah pendakiannya kepada ilmu-ilmu metafizik, yakni tujuan tertinggi para hukama, jalan pengakhiran hakikat ilmu..." - Rasa'il Ikhwan al-safa. Makna 'inquiry' juga berbeda, dipengaruhi oleh pegangan perspektif; "the purpose of inquiry is to discover the truth about the ultimate Reality." - al-attas. Manakala untuk falsafah sains pula : "al-attas' philosophy of science is basically a concise systematic explication of the 'scientific probity' of tasawwuf or sufism as the discipline of mind and spirit through which experience of ultimate reality is gained" - Adi Setia.
[Semua yang di quote adalah dari perspektif metafizik]
Perbedaan utama antara penentang dan penyokong evolusi dari perspektif METAFIZIK pula adalah perihal makna 'perubahan'; 'sebab dan akibat'. Bagi penyokong evolusi 'perubahan' itu adalah horizontal naturalistic causality; hanya material kepada material semata-mata; tanpa unsur-unsur luar/immaterial; tanpa divine act, tanpa peranan permanent archetype, tanpa Pencipta. Mereka derive pandangan alam mereka mainly from philosophical speculations supported by the modern scientificic method.
Tapi, bagi metafizik sufi pula
mereka melihat sebab dan akibat
adalah vertical; 'things in the world perish upon coming into existence and are continually being recreated by the Creator'.
Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
BERSAMBUNG...
Peringatan:
[1] Ilmu sains tabie itu bersifat sejagat, tapi pentafsiran sains itu berbeda-beda, kerna pentafsiran itu dipengaruhi oleh pandangan alam seseorang pentafsir itu. Seperti mana al-quran itu bersifat sejagat berdasarkan perspektif islam, tapi pentafsiran wahyu itu berbeza-beza sehinggakan melahirkan beberapa kelompok islam yang berbeda pendapat 180 darjah. Pentafsiran perihal evolusi [pada sudut makna wujud, sebab dan akibat, tujuan ilmu, Pencipta, realiti, hakikat] adalah berbeda di antara ahli sains islam dan ahli sains ateis, walaupun menggunakan fakta dan bukti yang sama.
[2] Hubungan antara sains dan agama bukan sekadar etika semata-mata, kerna pada satu tahap, ia akan bertemu, malah akan 'bergaduh' kerna berlainan pentafsiran perihal alam, kewujudan alam, tujuan kewujudan. Ia akan bertemu pada tahap faham ilmu/epistemology, faham alam/cosmology dan juga faham wujud/ontology.
[3] Pemikiran prof attas banyak dipengaruhi oleh fahaman/school of thought wahdatul wujud ibn arabi, hinggakan beliau coba gunakan fahaman itu untuk mengkonsepkan falsafah sains menurut pandangan alam islam, dan dengan falsafah sains itulah digunakan pula sebagai interpretative framework dalam mentafsir kajian alam/perihal alam, dan juga dalam menghubungkan perkaitan antara fakta dan realiti/hakikat, atau ayat mudahnya hubungan antara fakta/sains dan metafizik islam.
[4] "...divergence between Islamic metaphysics and modern science and philosophy is rooted in their position concerning the sources and methods of knowledge and the epistemological process..." -al attas, ... yang akhirnya membawa kepada pentafsiran fakta sains yang berbeda-beda dikernakan pegangan realiti yang berbeda.
Ulasan
Catat Ulasan