Psikologi Cinta

Caraku mencintaimu adalah
Memandang kamu dari jauhku
Kutip setiap mutiara senyumanmu
Tanpa sedarmu, tanpa kewujudanku.
Menariku menyirnakan sebuah jiwa
Dalam peritnya estetika sebuah cinta
Begitu lara seksa roh ini kesepian
Ditikam lagi pelbagai melodi sayu
Tapi, jiwa tetap menari lesap bersama.
Bagiku, seksa kerna kesepian
Tidaklah begitu menyakitkan
Berbanding derita kerna ditinggalkan.
Kerna itu, aku pilih kesendirian
Dan abaikan keindahan cinta.

Ulasan

Catatan Popular