Kekosongan ini, sebuah seni
Ada para ilmuwan moden sains itu
Coba psikologikan kekosongan ini
Sekadar diertikan biokimia badan saja.
Tapi, bagaimana sesuatu yang objektif
Bisa lahirkan sesuatu yang subjektif
Masih menghantui logika mereka.
Mereka menolak peranan roh
Dalam memberi manusia erti hidup,
Yang memberi subjektiviti kepada insan.
Akhirnya, segalanya materi semata.
Manusia itu, zahir dan batin,
badan dan roh, kalbu dan intelek.
Andai, masih tersangkut di alam zahir
Bagaimana bisa mendakap makna?
Dikau hasilkan kemajuan perihal badan
Pelbagai nama diperkenalkan
Kepada alam biologi, alam otak
Tapi roh tergapai, diabaikan wujudnya.
Kalian menolak sesuatu yang subjektif
Dalam menerangkan alam kosmos
Menolak peranan roh dalam alam jasad.
Sains jasad ibnu sina dibanggakan
Tapi sains roh ghazali dipandang enteng
Akhirnya, hanya sains ibnu sina sahaja
Dianggap sains yang sebenarnya,
Sains perihal roh oleh imam ghazali
Pula dipandang bukanlah sains.
Lihatlah, bila sains dilimitkan maknanya
Hanya sekadar penerangan zahir
Dan perihal roh di pseudosainskan.
Ilmu zahir diagungkan penerangannya
Ilmu perihal roh pula coba dimaterikan.
Tapi malang buat pencari realiti
Andai limit sekadar sebab akibat zahir,
Kerna perihal penerangan zahir itu
Sekadar dalam minda manusia sahaja,
Secara hakikatnya sebab dan akibat itu
Sangatlah berbeza penyaksiannya;
Sains alam fizik itu sangatlah berbeza
Jika dibandingkan sains metafizik sufi.
Kelebihan sains adalah ilmu itu
Tidak memerlukan peranan tuhan
Dalam penerangan alamnya,
Tapi tanpa disedari, itu juga adalah
Kelemahan utamanya.
Sains coba mengosongkan alam tabie
Daripada unsur rohani, alam atas
Hinggakan alam dikaji seperti benda
Tanpa roh, tanpa simbol metafizik.
Tapi, sains tetap ada gunanya
Ia beri teknologi, seni, karya.
Rohani pula beri sensitiviti jiwa
Dalam menghargai dunia seni.
Integrasikan, harmonikan dua itu,
Hasilkan karya teragung manusia.
Ulasan
Catat Ulasan