Kerna, hanya seni surreal cinta
Kita manusia sinis
Menolak keindahan cinta
Membodohkan romantika
Pilih kesendirian berbanding cinta
Mahu hidup bersendiri
Buat selama-lamanya..
Tapi, kita manusia kesepian
Hanya mencari makna cinta
Dalam alam seni pengkarya
Kerna kita mahu percaya
Cinta hanya wujud dalam alam itu,
Ia tak wujud dalam realiti kita.
Kita manusia paradoks
Menolak wujud cinta untuk diri sendiri
Tapi, mahu mencari cinta di alam seni.
Mungkin kerna, hanyalah seni
Alam itu adalah eskapisme kita
Dari peritnya pengalaman cinta.
Ulasan
Catat Ulasan