Perungkai Romantika
Kenapa nak cari romantika
Di dunia realiti? Ia tak wujud
Sesekali ia itu sekadar ilusi...
Romantika hanya wujud
Ia ada terawang-awang bebas
Dalam alam seni berfantasia...
Maka, cari ia dalam dunia itu
Bukan mencari dalam realiti...
Cumanya, ia lembah berbahaya
Kerna akibatnya, adalah kekosongan;
Jika dikau berani mendakap sepi,
Merangkul erat kesunyikan
Memeluk kesendirian di realiti
Rela mencium duka, derita...,
Maka, dikau layak mencari cinta
Yang ada dalam alam seni-sastera
Dan hidup dikau bersendirian
Tanpa sesekali ada romantika
Di alam realiti, di dunia realmu,
Seperti cara hidupku ini.
Mahu kamu? Berani kamu
Menanggung seksa kerna kebodohan?
Ulasan
Catat Ulasan