Puisimu Memenjaraiku

Pada suatu hari nanti
Eksistensimu hilang tidak dimanifestasi
Tapi, roh puisimu yang bersembunyi
Akan sentiasa menghantuiku lagi.

Pada di suatu saat nanti
Wujudmu tidak lagi mampu ku cerapi
Tapi, nada-nada puisimu memenjarai
Walaupun aku mahu bebas berlari.

Pada suatu detik nanti
Cintamu pun bakal ditamati durasi
Namun, diliku-liku sebuah memoriku ini
Masih ku mahu dakap puisimu lagi.

Akhirnya, pada suatu hari nanti
Undurku diri menerima pahit mimpi
Tapi, ku tetap bawa cermin-cermin diri
Untuk ku mengelamuni derita ini.

Ulasan

Catatan Popular