Lautan Rindu
Aku mau
Dalam sunyi-sunyi malam
Ada kamu disampingku
Bercerita mengenai hati
Yang telah lalui pelbagai derita.
Aku mau
Dalam sepi-sepi malam
Ada kamu duduk di tepiku
Berkongsi cerita perihal hati
Yang telah rasai liku-liku hidup.
Tapi, aku sedar
Aku tidak layak mencari cinta
Juga untuk dicintai
Buat selama-lamanya.
Ulasan
Catat Ulasan