Perindu Derita cinta
dalam sendiri-sendiri wanita itu
belajarnya senyum memandang langit
tatkala seksa tumbuh dalam jiwanya.
cintanya adalah air yang menyuburkan
pepohon tumbuh menutup kebahagian
ditolak ia lagi akan tambah mekarnya.
senyuman itu dalam kesendiriannya
simbolik mendakap jiwa yang derita
yang terluka ditikam perit cinta.
sentiasa seperti itu, sakit cinta
telah menjadi kawan sejati buatnya
dia tidak lagi mencari bahagia cinta.
dia itu perindu derita cinta
hanya mencari duka dalam cinta
kerna hanya itu buatkan jiwanya hidup.
apabila cinta dah biasa menyakiti
maka para jiwa tidak mahu sibuk lagi
mahu kucup sebuah cinta yang indah.
Ulasan
Catat Ulasan