Tafsir Seni: Avengers End Game
Habis pun tengok End Game. Versi time travel dlm Avengers lain, unik. Ia melalui quantum realm. Biasanya dalam fiksi, time travel guna teori Special Relativity Einstein- apabila kelajuan melebihi speed of light, kita boleh kembali ke masa silam.. Tak pun, untuk 'konsep perbezaan masa' guna teori General Relativity Einstein macam movie Interstellar- masa perlahan di permukaan planet berbanding masa di kedudukan yang jauh di luar planet, kerna 'kedalaman' curvature of spacetime adalah 'dalam' disebabkan mass of planet yang 'besar'. Sebab itulah hero yang turun ke planet dalam filem Interstellar kelihatan muda berbanding kawan dia yang tunggu di kapal angkasa. Tapi, Interstellar boring. Seronok lagi layan suit nanotech Iron Man.
Apabila 'masuk' ke alam quantum, Heisenberg's Uncertainty Principle akan mempengaruhi zarah [energy, time], [position, momentum] dan juga ada berlakunya quantum fluctuations. Sebab tu la, apabila Dr. Hijau 'masukkan' Antman ke quantum realm, yg keluar adalah Baby Antman, tak pun Old Antman [energy is certain, time is uncertain] [quantum state yang wujud utk sementara waktu tidak boleh mempunyai energy yang definite][quantum fluctuations]. Energy yang sama yang digunakan oleh mesin time travel tidak menjanjikan untuk menghasilkan masa yang tetap/sama untuk time travel yang seterusnya. In the end, the genius of Iron Man datang untuk solve the problem yang Dr. Hijau tak mampu selesaikan - by EPR Paradox.
Walaupun dlm movie tu tak explain 'how', makanya aku boleh buat teori sendiri [not for physics, but for art - to entertain the soul] walaupun tak tepat hahaha. Ia seperti ini - apabila masuk ke quantum realm, flow of time berbeza, tak pun lesap [seperti apa yang dialami oleh Lang] sebab tu la Iron Man cakap 'instead of pushing Lang through time, you might've wound up pushing time through Lang'. Maknanya Lang bukanlah melalui masa [tiada time variable dalam Wheeler-dewitt equation, hanyalah perspektif kita untuk paksa Lang melalui masa aka time travel], tapi masa lah yang melalui Lang [flow of time di alam zahir] ketika Lang berada di alam quantum. Flow of time yang dirasai oleh subjektif Lang ketika berada di realm itu, adalah berbeza dengan flow of time di dunia fenomenal. Dan, kedudukan sesuatu dalam masa boleh 'diedit' dgn mengetahui apa hubungan antara 'masa' dan EPR [Einstein-Podolsky-Rosen] Paradox.
Solusi utk 'lari' dari Uncertainty Principle, flow of time dan kepelikan quantum fluctuations adalah EPR paradox. Zarah '2013' adalah entangle dgn zarah '2019' -concept of time berbeza di alam quantum- dan dgn manipulasi entanglement ni, boleh time travel. Sebab tu la Iron Man reka GPS. eg, spin zarah A di 'spacetime' yg berbeza, boleh diketahui dengan hanya mengetahui spin Zarah B walaupun zarah B terletak jauh dari Zarah A, dlm 'spacetime' [dari perspektif teori loop-quantum gravity, spacetime itu bersifat quanta]. Dgn adanya entanglement bagi zarah A dan B, maka boleh paksa masa melalui Lang, dengan menganggap bahawa entanglement ni lah yang memanifestasikan masa [masa adalah fenomena entanglement]. Dan dgn guna particle yg Antman ada, boleh lawan paradoks dlm quantum realm, terutamanya yg melibatkan Planck scale, dan consciousness.
Tapi, semuanya sekadar fiction dan teori, realitinya dan faktanya lain. But, that is what we call - 'art'. Kelebihan art adalah kita boleh hasilkan alam utupia yang surreal walaupun sangat bertentangan dgn realiti.
"Art is a lie that makes us realize truth." -Pablo Picasso
Ulasan
Catat Ulasan