DIA

membesar dia itu
dengan kata 'aku benci aku'.
walau begitu pun,
dia masih coba senyum
walau betapa seksa jiwanya.
tahu apa yang susah
buat dirinya itu...?
ia adalah apabila
sama ada nak lawan kata itu
atau menerimanya saja
tanpa lawan, tanpa harapan.
dia keliru nak berbuat apa
kerana lawan atau tidak
hasilnya sama, ia kekosongan
di penghujung malam hari,
terasa jiwanya tersangat sunyi,
ia sepi, terbiar, tersingkir.
tapi tetap saja dia senyum
kerana hanya itu sahaja
mampu dia lakukan.

dia manusia pudar
hidup sekadar mendung
sendiri jiwanya menunggu
dalam kehampaan kalbu
merasai keruh sebuah kehidupan.

yang tersangat pilunya adalah
dia sendiri itu tidak tahu
dirinya sedang menunggu apa.

Ulasan

Catatan Popular