wanita itu

ku pujuk malam
agar berhenti diam
lalu lagu cinta diserulingkan.

tatapan rembulan berubah
sedih melihat alam sepi
dicerahkan lagi pancarannya.

kita hidup di alam sunyi
malam itu sahaja mendakap kita
coba senyum walau ia menyeksa.



Ulasan

Catatan Popular