hati yang memilih derita sunyi
ketahuilah bahawa hati yang sunyi
mudah untuk mencintai seseorang
sangatlah mudah...
andai hati dah mencintai
dan akhirnya dicurangi
maka, andai memilih untuk menjadi
pencari cinta untuk merawat
hati yang lara,
bersiap sedialah untuk merana lagi.
tapi andai memilih
untuk tidak lagi mahu mencintai
bersiap sedialah untuk merana
kerana kesepian, kesunyian.
semua pilihanmu, nak pilih
derita yang mana...
kebiasaan ramai memilih
menjadi sang pencari cinta
yang akhirnya mendapat cinta jua
tapi ada yang memilih berhenti
mencari cinta lagi kerna menganggap
seksa ditikam sunyi tidaklah sesakit
derita kerana sebuah cinta.
walaupun dia tahu, kegembiraan cinta itu
mampu menyelamatkan dirinya
dari diseksa oleh kesepian
tapi tetap saja,
dia pilih mengabaikan cinta.
Ulasan
Catat Ulasan