pengejar eksistensi
bunyi semesta itu masuk ke kalbunya
hanya dia mendengar frekuensi itu.
warna muzika bergeometrikan algoritma
hanya dia menyaksikan magika itu.
abstrak yang disembunyikan empirikal
terserlah, dan dia kaku mencerapinya.
jiwa yang sunyi bengitkan teriakannya
hanya dia merasai redup jiwa itu.
ketika racun sepi hamburkan sihirnya
hanya dia relakan dirinya dibunuh kejam.
dan, seluruh alam tunjukkan kesayuan
hanya dia, lihat tangisan cakerawala itu.
semuanya kerana, hanyalah dia hancur-
raganya tidak lagi merindui kegembiraan.
11/04/2020
Ulasan
Catat Ulasan