kerahsiaan yang membunuh
hidup ini adalah sebuah kekosongan
dan mencari makna dalam kekosongan
adalah cara untuk teruskan kehidupan.
manusia lari dari kekosongan
adalah dengan meleburkan jiwanya
dengan perkara sia-sia.
dan, untuk jadikan perkara sia-sia itu
kelihatan berfaedah, bermoral, berestetika
adalah dengan mengilmiahkannya,
mengfalsafahkannya, dan/atau
pertandingkan ia, agar ekonomi maju.
kita semua ada cara masing-masing
meleburkan dan menyirnakan jiwa sendiri
dalam perkata yang sia-sia
semata-mata untuk mencari makna
dan nikmat eksistensi wujud
atau untuk lari dari lembaga kekosongan.
peminat politik dengan politiknya
peminat agama dengan manhajnya
peminat ilmu dengan debatnya
peminat ekonomi dengan duitnya
manusia dengan video game-nya
dan pelbagai lagi,
ketika jiwa yang kekosongan itu
disibukkan oleh hal-hal semua itu
maka terasa jiwa itu sebuah nikmat
yang dapat melupakan sementara
hakikat kehidupan- yang kosong.
jangan sesekali pandang rendah
perihal kenikmatan perkara sia-sia.
andai perkara sia-sia itu tiada
maka data pembunuhan diri
akan bertambah statistiknya.
kerana perkara indah itulah
yang melambatkan atau menghindari
seseorang dari pembunuhan diri sendiri,
semuanya diakibatkan:-
tiada yang memilih untuk biarkan jiwanya
lebur dalam kekosongan
kerana lebur dalam lembah itu
telah banyak mengambil nyawa manusia.
tapi, apa akan terjadi
andai kalbu akhirnya memilih
untuk sirnakan dirinya
dalam kekosongan?
Ulasan
Catat Ulasan