1.38 am, waktu untuk tidur tapi mata ini payah untuk lelap, banyak perkara yang harus difikirkan, (banyak mungkin) tapi realitinya hanya ada satu sahaja yang sangat mempengaruhi hidup, pemikiran aku. Kenapa susah untuk melayan pemikiran, hati selalu menang, otak selalu kalah. Teringat baru-baru ini, aku ada terbaca newspaper, kata seorang professor dari Universiti Malaya :
"Manusia pada zaman sekarang lagi banyak melayan perasaan, daripada melayan pemikiran"
Ayat ini sesuai untuk seseorang yang telah lama saya kenal, lama sangat.. Adakah sebab ini Islam menggalakkan seseorang itu kahwin awal. Adakah manusia akan tercundang apabila selalu melayan perasaan? Dunia ini ramai manusia yang beruntung, mungkin dilahirkan dengan kemewahan dunia dan kemewahan rupa. Beruntunglah mereka yang senang nak mengawal perasaan, sehingga boleh membahagikan perasaan dan pemikiran.Tapi bagaimana mereka yang tercundang kerana sentiasa melayan perasaan, aku pun tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku tidak tahu apa yang harus ucapkan disaat seseorang itu jatuh kerana perasaan.
Cinta, cinta, teringat pula kata-kata ini
"Lelaki jatuh kerana seorang wanita dan juga harta, tetapi lelaki juga menjadi hebat kerana seorang wanita dan juga harta......"
Apa yang dimaksudkan ayat ini....? Pada pendapat penulis, semua terletak kepada anda.....Inilah perasaan yang payah untuk dikawal....Susah sangat...Tapi teringat pula kata-kata, yang penulis sendiri terbaca di wall facebook..
" Anda tahu apa itu cinta sekiranya anda senang melihat dia gembira, walaupun anda bukan sebahagian dari kegembiraan itu..."
Tabahkan hati, face the reality, lepaskan, korbankan, jangan terlalu melayan perasaan.... Inn Syaa Allah, suatu hari nanti Allah akan bagi seorang wanita untuk anda. Biarpun susah tapi face the reality. Banyakkan isftigfar, kerana ada lagi layak untuk dicintai.... Tabah .
" First face your reality silently, calmly, quietly, and anonymously, otherwise that reality will destroy your dream"
Jadilah seperti matahari yang sentiasa memberi cahayanya kepada bunga, walaupun bunga langsung tidak memandangnya, langsung tidak memikirnya. Matahari tetap memberi cahayanya. Disaat rama-rama mendekati bunga, matahari tetap senyum walaupun terasa sakit, tetapi itu reality yang harus dia terima.
Tabah. kerana siapalah dia jika hendak dibandingkan dengan rama-rama.. Dalam hatinya, terasa sakit....
Janganlah jatuh kerana perasaan, jangan ....biarpun payah untuk senyum...
Konklusi, belajar untuk terima kenyatan, mungkin anda telah berubah disaat anda mengenalinya, tapi ingat dia mungkin bukan untuk anda. Tapi kekalkan kebaikan yang anda terima disaat kenal dirinya. Marilah kita melayan pemikiran, tumpukan pemikiran, walaupun perasaan sentiasa menang, walaupun susah tetapi cuba. Jangan kita terpedaya dengan perasaan, dunia ini lebih banyak untuk difikirkan. Jangan terpedaya dengan method ini, method yang digunakan oleh sesuatu organisasi untuk membuatkan manusia sentiasa gembira dalam alam fantasinya... Bangunlah, cuba untuk bangun, jaga hati agar tidak kecundang. Biarpun penulis ini bukanlah hebat mana, tetapi marilah kita sama-sama bangun dari alam fantasi indah ini.........
Ya Allah, jagalah hati kami, perasaan kami, pemikiran kami agar tidak tepesong daripada ajaranMu ya Allah....Kuatkanlah pemikiran kami ya Allah, ya Rahman, ya Rahim...Ya Allah jumpakanlah jodoh yang baik-baik untuk kami ya Allah....Berikanlah kami kekuatan untuk menjaga perasaan ini ya Allah....Ya Rahman, ya Rahim bantulah sahabat-sahabat kami yang telah tercundang dalam melayan perasaan cinta terhadap makhluk,..... Ya Allah tabahkan hati kami ya Allah, dalam menghadapi ujianmu ya Allah......Tabahkan hati ini, sabarkan hati ini....... ya Allah bantulah kami dalam menghadapi musuh-musuhMu ya Allah, bantu kami untuk sedar ya Allah, tolong kami untuk tidak kecundang di dunia fana ini... Amin ya Rabbal 'Alamin.





Ulasan
Catat Ulasan