Lagu, sambungan dari kisah semalam (post yang lepas), lagu pun kadang-kadang banyak memberi fantasi yang indah, fantasi yang tercipta oleh keinginan. Fantasi yang membuat seorang insan gembira disaat dia masuk ke dunia fantasinya. Dan dia malas untuk keluar dari dunianya itu kerana dia tidak sanggup atau tidak tahu bagaimana hendak menghadapi realitinya. Begitulah juga dengan mereka yang sentiasa menonton kisah romantik korea. Drama-drama yang bergenrekan kisah cinta, banyak memberi idelisme. Idealisme yang membuat hati gembira, tetapi disaat dia menghadapi peristiwa atau keadaan yang bertentangan dengan idea yang diberi oleh drama tersebut, dia mungkin akan jatuh. Tapi ada juga insan yang akan tersedar bahawa drama itu banyak mengubah hidupnya dan juga pemikirannya. Setelah dia tersedar, barulah dia meninggalkan perkara tersebut, sebab dia tidak mahu jatuh untuk kedua kalinya.
Marilah kita menuju kejayaan, marilah kita bersangka baik, marilah kita hebatkan pemikiran kita, marilah tersenyum disaat hati hendak menangis, marilah kita merendah diri, marilah kita pentingkan kawan tapi jangan sampai diri kecundang..... Di saat hati hendak menangis, di saat anda tiada siapa-siapa yang hendak dipercayai, ingat Allah dah cukup untuk selesaikan masalah itu, kerana setiap masalah yang diberi oleh Sang Pencipta adalah untuk membuat hambanya kembali kepada ajaranNya.
Adakah anda pernah rasa lelah, penat, sakit untuk menghadapi realiti anda? Rasa nak tidur sepanjang hari, rasa nak berkurung? Cubalah untuk bangun, biarpun sangat susah. Biarpun air mata jatuh berderai, biarlah hati sakit dan terlupa, tetapi jangan lupa kerana kisah hidup kita hanya kita sahaja yang rasa, bersyukurlah, kerana masalah yang anda hadapi boleh mengubah anda. Teringat satu kisah seorang sahabat, dia berubah kerana seorang perempuan, menjadi baik mungkin, tetapi dia sanggup lepaskan wanita itu, walaupun wanita itu tidak tahu bahawa lelaki itu menyukai dirinya. Dia belajar untuk terima kenyataan, belajar untuk terima realiti.Biarlah dia menjadi matahari. Matahari yang sentiasa anonymous, disaat berlakunya gerhana bulan tidak ada seorang pun yang mencari di manakah matahari, tiada seorang pun yang memandang kebelakang mencari matahari, semua manusia memandang ke hadapan, memuji sang bulan. Disaat gerhada matahari berlaku, tiada seorang pun yang berani memandang matahari tanpa cermin gelap. Matahari tetap menunjukkna cincinnya kepada si pemerhati.
Marilah melayan lagu ini, layanlah tapi janganlah sampai .......
Marilah kita berubah menjadi baik....

Ulasan
Catat Ulasan